PEMILIHAN PELATIH PLKN SIRI 10/2013

PEMILIHAN PELATIH PLKN SIRI 10/2013
Daripada keseluruhan 513,527 remaja yang pada tahun 1995, seramai 140,000 orang telah terpilih untuk mengikuti PLKN Siri 10/2013. Semakan Online masih belum dibuka. Harap bertenang.

******************************************

News : 
KUALA LUMPUR: Sesi pengajaran dan pembelajaran bagi peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tahun depan dijangka lebih menarik berikutan pengenalan simulasi pilihan raya yang dilaksanakan menerusi Modul Kenegaraan.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, modul yang dirangka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu membabitkan 140,000 pelatih PLKN Siri 10/2013.

Selaras dengan pelancaran program itu, 140,000 daripada 519,527 remaja yang lahir pada 1995 dipilih menyertai PLKN untuk Siri 10/2013 dengan 55 peratus membabitkan peserta lelaki dan bakinya peserta perempuan.

Proses pengambilan pelatih pula menggunakan sistem komputer JLKN yang melakukan carian selama lapan jam, manakala pelatih yang mendapat tawaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) dan badan luar negara boleh membuat rayuan penangguhan.

(wah,batch 1995 memang semangat gilaa nak pergi PLKN.me too!!)
(betullah kata facebookers ni.kalau bagitahu awal-awal kan senang.semuanya dah plan dgn teratur)

Tak sangka saya dah besar rupanya.Dah nak pergi PLKN dah pon.Dulu tak kisah sangat.Almaklumlah budak kecil.Mana lah tahu.huhu.Mintak-mintak nama saya tersenarai dalam peserta lingkungan 140K tu.Insyallah.Kalau boleh biarlah awal sebelum saya futher study dekat mana-mana institusi pengajian kelak.Nanti kalau kene panggil tie study mcm menggangu lah pula.But kes nya sekarang,boleh ke mintak macam tu?haha.

Now,saya sangat teruja.Saya memang nak sangatt pergi.Even ada orang cakap yang PLKN memenatkan,tak best and so on.Memanglah selalunya begitu pada peringkat awal.Ini dinamakan proses pembelajaran.Whattt??HOMESICKKK?tak,,tak,,tak.Saya bukan jenis macam tuh.Saya dah biasa tinggal tanpa ada parents disisi.Malah saya lagi sukaaa...!Kata orang jauh perjalanan luas pemandangan.

p/s: 
Any opinion about this?Korang nak share something,experience dll?boleh jee.
Saya amat mengalu-alukannya :)
more info--> https://www.facebook.com/PLKN2012?ref=stream

No comments :